Aktiviti Pengajaran

Aktiviti Pengajaran

Aktiviti Pengajaran 1 ( Murid Lemah )
Topik   : Isipadu cecair
Kemahiran : Membuat perbandingan isipadu cecair banyak atau sedikit
Hasil pembelajaran :  Murid dapat
                                    i) menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai
                                  ii) membuat perbandingan mengukur isipadu cecair iaitu banyak                                                         atau sedikit dan lebih atau kurang dengan menggunakan perkataan.
Alat/Bahan      i)          2 gelas yang sama saiz
                        ii)         2 gelas yang berbeza saiz
                        iii)        1 jug besar
                        iv)        1 baldi dipenuhi air.

Langkah-Langkah Pengajaran :
1) Guru  menyediakan set bahan seperti di atas di hadapan kelas.
2)  Guru meletakan  A pada gelas yang tinggi dan B pada gelas yang rendah.Guru  mengisi air dalam jug besar.
3) Guru meminta seorang murid ke hadapan kelas untuk mengisi air ke dalam 2 gelas yang sama saiz sehingga penuh kedua-dua gelas.
4) Guru pegang  2 gelas tersebut dan soal murid-murid
S1 : Adakah air dalam gelas ini sama banyak ?

5) Guru panggil seorang lagi murid ke hadapan dan minta murid mengisi air daripada salah satu 2 gelas yang sama saiz ke dalam gelas yang tinggi  (A).
6)  Guru pegang 2 gelas tersebut  dan soal murid
S2 : Air dalam gelas manakah yang paling banyak ?

7) Air dari gelas (A) tadi diisi pula ke dalam gelas ( B) dan guru pegang 2 gelas tersebut dan soal murid
S3 : Air dalam gelas mana yang paling sedikit ?


8) Seterusnya minta murid untuk meyusun kedudukan air dalam gelas daripada yang paling sedikit kepada yang paling banyak.mbr)
9)  Seterusnya guru membuat kesimpulan bahawa dalam ketiga-tiga gelas yang ada di hadapan mempunyai isipadu cecair yang sama banyak. Guru membuat penjelasan bahawa tidak semestinya bekas yang tinggi atau yang besar mempunyai isipadu cecair yang lebih .

                      

Aktiviti Pengajaran 2  ( Murid  Cerdas )

Topik : Isipadu Cecair
Kemahiran       : Menganggar , Menyukat dan Membanding isipadu cecair
Hasil Pembelajaran : Murid dapat :
                                    i) menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai.
                                    2)membuat anggaran isipadu cecair.
                                    3)membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair iaitu banyak                                         dan sedikit.
                                    4)mencatat isipadu cecair yang disukat dengan menggunakan unit yang                                          tidak piawai.
Alat/Bahan      i)          2 gelas yang sama saiz
                        ii)         2 gelas yang berbeza saiz
                        iii)        1 jug besar
                        iv)        1 baldi dipenuhi air.

Langkah-Langkah Pengajaran :
1)  Guru  mengarahkan murid kerja secara berpasangan dan memberikan setiap pasangan set bahan di atas dan borang untuk merekod keputusan.
2)  Murid diminta membuat anggaran bilangan gelas tinggi (A) , Gelas rendah (B) dan Gelas paling rendah(C) yang diperlukan umtuk mengisi air dalam jug besar.
3) Murid merekodkan bacaan dalam jadual di bawah :



Bekas
Gelas A( Tinggi)
Gelas B(Rendah)
Gelas C(Paling rendah)
Anggaran



Bilangan ukuran




4) Seterusnya murid dalam pasangan diminta untuk mengukur bilangan sebenar gelas yang dapat memenuhi 1 jug besar.
5) Murid rekod bacaan dalam jadual yang diberikan tadi.
6) Guru menyoal murid :
        S1 : Adakah anggaran anda tepat ?
        S2 : Gelas yang manakah dapat mengisi banyak air ke dalam jug besar?.
        S3 : Gelas yang manakah paling kurang mengisi air ke dalam jug besar?.
7) Seterusnya guru meminta murid  menyusun ketiga-ketiga gelas yang berbeza saiz daripada isipadu cecair yang paling banyak hingga paling sedikit dan sebaliknya.
8) Murid menulis jawapan berdasarkan keputusan dalam jadual di atas.
          i) Isipadi air dalam jug besar adalah sama dengan ___________ gelas A.
         ii) Isipadi air dalam jug besar adalah sama dengan ___________ gelas B.
         iii) Isipadi air dalam jug besar adalah sama dengan ___________ gelas C.
9)  Guru membuat kesimpulan bahawa bekas yang besar atau yang tinggi mempunyai isipadu yang lebih besar.