Pengenalan

Pengenalan



Tugasan HBMT 2103 kali ini meminta pelajar membuat suatu pemerhatian ke atas pengajaran pembelajaran isipadu tahun 2. Fokus pemerhatian adalah berpandukan kepada kekeliruan murid-murid untuk memahami konsep isipadu cecair. Pada peringkat awal pengajaran isipadu cecair murid-murid kurang mahir untuk membezakan isipadu cecair di antara bekas yang berbeza saiznya , dan ketinggiannya. Pada dasarnya murid tahap 1 ini mempunyai konsep bahawa sesuatu bahan yang tinggi atau yang besar mengandungi isipadu yang lebih banyak.



Isipadu cecair adalah topik pengenalan kepada murid tahun 2. Pada pembelajaran awal ini murid diajar dalam kemahiran untuk membanding dan membeza , mengukur isipadu cecair dengan unit piawai dalam milliliter dan liter dan juga unit tidak standard . Pada peringkat awal ini juga murid mesti dapat menguasai kemahiran tatabahasa berkaitan dengan isipadu cecair seperti kosong , setengah dan penuh.



Sebagai seorang guru matematik yang berkesan guru harus kreatif dan kritis dalam mengendali proses pengajaran dan pembelajaran topik ini. Dalam mengajar matematik ianya melibatkan pembinaan konsep disamping menguasai semua kemahiran yang ada dalam topik dan seterusnya dapat pula diaplikasi dalam penyelesaian masalah harian.