Alat Bantu Mengajar

 Alat Bantu Mengajar

            1 )        2 gelas yang sama saiz
            2)         2 gelas yang berbeza saiz
            3)         1 jug besar
            4)         1 baldi berisi air
            5)         Borang untuk merekod keputusan

Bahan Bantu Mengajar Isipadu Cecair
  
Banyak bahan dan alatan yang ada di sekeliling murid dapat digunakan oleh guru untuk mengajar isipadu cecair . Saya telah memilih bahan iaitu gelas yang pelbagai saiz dan juga sebiji jug besar  bagi mengajar topik isipadu cecair kepada murid darjah 2.
Pemilihan bahan yang dibuat adalah berdasarkan  kerana bahan tersebut mudah  di dapati dan ianya sangat ekonomi kerana bahan tersebut sentiasa diguna oleh murid.  Selain daripada itu bahan tersebut juga seringkali diguna oleh murid terutamanya ketika minum sama ada di rumah , disekolah ataupun diluar. Maka dapat dinyatakan bahawa murid sudah biasa dengan bahan tersebut .
Bahan yang dipilih juga adalah bersesuaian dengan semua tahap penerimaan murid sama ada murid yang tinggi  dan juga murid yang lemah. Bahan ini juga dapat memberi gambaran awal tentang konsep isipadu cecair kepada murid.

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatanboleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ @ unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan ‘standard unit’ @ unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam system metric.