Video




Daripada video yang menunjukkan bagaimana isipadu cecair diukur , cara penyampaian yang dilakukan amat berkesan sekali kerana pada awalnya guru menunjukkan cecair dalam dua buah gelas yang mempunyai isipadu cecair yang sama banyak. Langkah yang kedua guru menuang air daripada salah satu gelas ke dalam bekas yang tinggi . Pada tahap ini murid akan menyatakan bahawa cecair dalam bekas yang tinggi akan menjadi lebih banyak. Bagi murid sekolah rendah tahap penaakulan mereka kurang berbanding dengan orang dewasa. Oleh itu peranan guru amat penting bagi memperbetulkan dan memperbaiki kesilapan murid dalam memahami konsep isipadu cecair .